TENTANG JKJAV
JAWATANKUASA KHAS JAMINAN AKSES VAKSIN COVID-19
JAWATANKUASA KHAS JAMINAN AKSES
BEKALAN VAKSIN COVID-19 (JKJAV)
Vaksin merupakan salah satu kaedah untuk kita mengawal pandemik ini dan ia antara cara yang terbaik untuk melindungi masyarakat daripada COVID-19. Sejak kemunculan COVID-19, pelbagai usaha telah dijalankan di seluruh dunia untuk membangunkan vaksin COVID-19.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Kesihatan Malaysia dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ditubuhkan untuk memastikan akses bekalan kepada vaksin COVID-19 untuk negara dapat diperolehi dengan kadar segera, selamat, sempurna dan berkesan.

JKJAV juga memainkan peranan penting sebagai Jawatankuasa Induk dalam merancang, melaksana dan memantau keseluruhan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan adalah program imunisasi terbesar yang dilaksanakan dalam sejarah negara kita. Oleh itu, Kerajaan melalui Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) akan melaksanakan pendekatan menyeluruh Kerajaan dan masyarakat atau Whole-of-Government and Whole-of-Society Approaches bersama-sama pelbagai Kementerian dan Agensi Kerajaan, Kerajaan Negeri, Badan Bukan Kerajaan (NGO), swasta dan anggota masyarakat bagi memastikan program ini mencapai matlamat yang disasarkan.


Rajah: Struktur Tadbir Urus Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan