TAJAAN
KORPORAT
Penghargaan Badan Korporat
Kami amat berbesar hati kerana berjaya menjalinkan kolaborasi bersama antara rakyat Malaysia dengan badan korporat dalam usaha untuk mempromosikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk mencapai imuniti kelompok dan sekaligus, lindungi mereka yang tersayang.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan amat bergantung pada pendekatan menyeluruh atau pendekatan "Whole-of-Society" bagi memastikan program ini dapat mencapai matlamat serta hala tujunya.

Di kesempatan ini, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan korporat atas jalinan kolaborasi strategik dalam merealisasikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan:

Penglibatan Rakan Korporat
Demi melindungi yang tersayang daripada jangkitan COVID-19, pelbagai usaha dan langkah strategik perlu dipertimbangkan dan dilaksanakan. Kami percaya bahawa Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dapat dilaksanakan dengan lebih lancar serta mencapai matlamat yang disasarkan sekiranya menerima penglibatan daripada rakan-rakan korporat, dalam usaha menyebarkan maklumat yang tepat dan benar mengenai program imunisasi.

Marilah kita sama-sama melindungi komuniti dan orang yang tersayang.
Sertai kami sebagai rakan korporat